Kemarilah,
kekasihku.
Kemarilah
Layla, dan jangan tinggalkan aku.
Kehidupan
lebih lemah daripada kematian, tetapi kematian lebih lemah daripada cinta...
Engkau
telah membebaskanku, Layla, dari siksaan gelak tawa dan pahitnya anggur itu.
Izinkan
aku mencium tanganmu, tangan yang telah memutuskan rantai-rantaiku.
Ciumlah
bibirku, ciumlah bibir yang telah mencuba untuk membohongi dan
yang
telah menyelimuti rahsia-rahsia hatiku.
Tutuplah
mataku yang meredup ini dengan jari-jemarimu yang berlumuran darah.
Ketika
jiwaku melayang ke angkasa, taruhlah pisau itu di tangan kananku dan
katakan
pada mereka bahawa aku telah bunuh diri kerana putus asa dan cemburu.
Aku
hanya mencintaimu, Layla, dan bukan yang lain, aku berfikir bahwa tadi
lebih
baik bagiku untuk mengorbankan hatiku, kebahagiaanku, kehidupanku
daripada
melarikan diri bersamamu pada malam pernikahanmu.
Ciumlah
aku, kekasih jiwaku... sebelum orang-orang melihat tubuhku...
Ciumlah
aku... ciumlah, Layla...
kahlil gibran
0 komentar:
Post a Comment